Prof. Dr. Dzulkifli dilantik rektor baharu UIAM - Utusan Malaysia

Prof. Dr. Dzulkifli dilantik rektor baharu UIAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) — Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu, berkuatkuasa 1 Ogos lepas.

Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak
Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata Dzukifli menggantikan Datuk Dr Zaleha Kamarudin yang tamat tempoh sebagai Rektor pada 31 Julai lepas.

“Kementerian Pendidikan percaya dengan pengalaman serta daya kepimpinan yang beliau miliki, beliau mampu untuk mentadbir UIAM dengan cemerlang seterusnya menjadikan universiti itu sebagai pusat rujukan bidang ilmu Islam seluruh dunia,” menurut kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dzukifli yang merupakan bekas naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM) selama 11 tahun, mempunyai pengalaman luas dalam dunia akademik serta pentadbiran pendidikan tinggi di dalam mahupun di luar negara.

Kepimpinan beliau terserlah apabila berjaya menjadikan USM sebagai universiti awam yang pertama berstatus APEX (Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan). — BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×