500 penduduk setempat meriahkan Hari Terbuka Kesuma - Utusan Malaysia

500 penduduk setempat meriahkan Hari Terbuka Kesuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Seramai 500 penduduk setempat memeriahkan Hari Terbuka Kesuma anjuran Persatuan Penduduk Kelumpuk Sunding Malam di pekarangan Flat Kelumpuk Sunding Malam, Keramat Wangsa, di sini baru-baru ini.

Program dengan kerjasama pertubuhan Belia B3 Setiawangsa dan Persatuan Bolasepak Setiawangsa United itu mengetengahkan lebih 15 gerai yang terdiri daripada gerai makanan, jualan pakaian serta produk kesihatan dan kecantikan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kelumpuk Sunding Malam, Mohamad Fuad Haniff berkata, program kemasyarakatan itu diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya pemeriksaan mata percuma, karaoke, zumba dan petting zoo selain pertandingan hiasan kek, timbang bola dan sepakan penalti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ojektif utama penganjuran program adalah untuk menggalakkan penglibatan penduduk sekitar supaya mengamalkan gaya hidup sihat sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

“Selain itu juga, program ini membantu memupuk kehidupan bermasyarakat dengan mementingkan nilai-nilai kesejahteraan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, program turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad dan Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari manakala perasmian penutup disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Setiawangsa United, Datuk Mohd. Irwan Rizal – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×