Keberkesanan PLKN dinilai - Utusan Malaysia

Keberkesanan PLKN dinilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 43 peratus daripada jumlah keseluruhan RM8.43 bilion telah dibelanjakan bagi penyewaan kem-kem latihan dalam perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ia dimulakan pada 2004.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, jumlah tersebut dilihat terlalu tinggi dan perlu dikaji semula jika program tersebut mahu diteruskan.

“Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji semula semua perbelanjaan berkaitan kerana terdapat ketirisan dalam perlaksanaannya dan akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PLKN dibangunkan untuk membina belia yang berintegriti dan kita perlu lihat keberkesanannya dan adakah ia mencapai objektif utamanya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Hon Wai (DAP-Bukit Bendera) mengenai jumlah perbelanjaan akumulatif PLKN dan hasilnya.

PLKN telah berjaya melatih seramai 885,956 belia dan daripada jumlah itu seramai 356,411 bekas pelatih telah menyertai briged sukarelawan khidmat negara sejak 14 tahun dilaksanakan.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×