Suami isteri tipu pakej umrah didakwa - Utusan Malaysia

Suami isteri tipu pakej umrah didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Sepasang suami isteri dihadapakan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kes penipuan pakej umrah yang melibatkan kerugian sebanyak RM53,224 pada Mei hingga Julai tahun lalu.

Tertuduh, Ishak Abu Hassan, 40 dan Elmirushuda Amerudi, 27 mengaku tidak bersalah selepas setiap mereka dibacakan lima pertuduhan dihadapan Penolong Kanan Pendaftar Ti Pei Si.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh telah melakukan kesalahan berkenaan antara Mei hingga Julai tahun lalu di dua lokasi iaitu Balai Raya Felda Lakum dan Sekolah Agama Rakyat Felda Lakum, Lancahang di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ishak didakwa mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana telah memperdaya pembayaran pakej umrah berjumlah RM53,224.

Manakala isterinya didakwa mengikut seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama 420 akta sama kerana bersubahat.

Jika disabit kesalahan kedua-duanya boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor M Sutakar Muniandy manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Varunchelvam Manimuthu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini