KUALA LUMPUR 2 Ogos – Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (MBM) memperkenal rangkaian lengkap S-Class meliputi S-Class Limousine, S-Class Cabriolet, S-Class Coupe dan S-Class Maybach.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine berkata, setiap model di bawah S-Class melambangkan kemewahan menerusi reka bentuk kontemporari dan eksklusif.
Katanya, Mercedes-Benz S-Class yang dipasang secara tempatan sebagai varian S 450 L AMG Line ditawarkan pada harga bermula daripada RM699,888.
“Harga atas jalan tanpa insurans bagi Mercedes-Benz S 560 Cabriolet adalah bermula RM 1.3 juta, Mercedes-AMG S 63 Coupe (RM 1.4 juta) dan Mercedes-Maybach S 560 (RM 1.4 juta),” katanya pada majlis pelancaran rangkaian lengkap Mercedes-Benz S-Class di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











