Nasi Lemak daun pisang tarikan pelanggan - Utusan Malaysia

Nasi Lemak daun pisang tarikan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BARU BANGI 23 Mei – Keenakan rasa menjadikan nasi lemak antara hidangan yang pa­ling digemari dan sinonim dengan masyarakat negara ini.

Namun peredaran zaman menyaksikan makanan itu meng­alami pelbagai perubahan dari segi cara penyediaan dan penggunaan bahan-bahannya.

Namun bagi peniaga nasi lemak di Bazar Ramadan Seksyen 6, di sini, Ishak Jamlus, 55, beliau tidak pernah cuba meng­ubah resepi nasi lemak yang dipelajari untuk menambah baik rasanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bahkan katanya, keaslian rasa nasi lemak yang dipadan de­ngan sambal tumis yang dimasak menggunakan cili kering tanpa campuran bahan-bahan lain.

“Keaslian rasa nasi lemak ini masih dikekalkan walaupun ada penambahan lauk pauk seperti paru goreng, sardin, rendang daging dan yang terbaharu adalah ayam panggang bagi memenuhi citarasa pelanggan.

“Kami juga masih me­nge­kal­kan cara tradisional iaitu mem­bungkus nasi lemak dengan menggunakan daun pisang bagi mengekalkan keenakannya sehingga lah waktu berbuka puasa,” katanya.

Ishak mula menceburi bidang perniagaan itu selepas bekerja sebagai pelayan restoran di Restoran Mamak. Kini sumber pendapatan itu digunakan untuk menampung pendapatan mereka sekeluarga.

“Saya mula memberanikan diri untuk membuka gerai di Seksyen 4 di sini. Alhamdulillah, kini sudah bertahan lebih daripada 25 tahun hasil sokongan daripada pelanggan tetap.

“Sempena bulan Ramadan ini, saya tidak melepaskan peluang untuk berniaga di Bazar Ramadan. Orang ramai boleh membeli nasi lemak ini dengan harga RM1.50 hingga RM5.50 bergantung kepada lauk-lauk­nya,” katanya.

Orang ramai yang ingin me­rasai nasi lemak Ishak boleh mengunjungi Bazar Ramadan Sek­syen 6 berhampiran stesen minyak Shell di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN