[VIDEO] Magis serbuk kari masala dalam bubur lambuk - Utusan Malaysia

[VIDEO] Magis serbuk kari masala dalam bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Siapa sangka bubur lambuk yang dihasilkan setiap tahun pada bulan Ramadan di Masjid India, Kuala Lumpur sudah mencecah usia lebih 150 tahun.

Ujar Setiausaha Kerja Masjid India, Mohd. Yunus Abd. Rahman, 71, sejarah bermula apabila masyarakat India yang beragama Islam tiba di negara ini dan membangunkan Masjid India suatu ketika dahulu.

“Jadi istimewanya bubur lambuk di masjid ini adalah kerana gabungan lebih 10 jenis rempah-ratus yang dibawa dari India dan dimasak bersama bersama beras tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 14 periuk bubur lambuk dimasak setiap hari dan syukur Alhamdullilah, setiap dana yang dikeluarkan untuk penghasilan bubur lambuk ini sememangnya sudah mempunyai senarai penderma yang tersendiri,” katanya kepada Utusan Online, hari ini.

Katanya lagi, pengagihan bubur lambuk di Masjid India dijalankan sebanyak dua sesi pada setiap hari.

“Sesi pertama bermula 2 petang khusus untuk para pekerja syarikat di sekitar masjid ini manakala pada pukul 4 petang, ia diagihkan secara percuma kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, seorang tukang masak bubur lambuk berbangsa India, Sadakatullah Hamid, 42, memberitahu Utusan Online bahawa dia mula mempelajari cara untuk memasak bubur lambuk sejak 20 tahun lalu.

“Saya merupakan pekerja restoran pada hari biasa namun setiap kali menjelang Ramadan, saya akan bertugas di sini sebagai tukang masak dan saya dapati, rata-rata orang awam cukup menggemari kelazatan bubur lambuk yang disediakan.

“Seperti yang dikatakan Mohd. Yunus, keistimewaan bubur lambuk di sini adalah kerana penggunaan kari masala (campuran rempah-ratus) yang asli dan ia ternyata menjadi perhatian orang ramai untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN