Dua individu keluar menjala dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Dua individu keluar menjala dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Dua individu lelaki yang tidak diketahui identitinya ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat di sebuah lombong dekat Taman La Cottage Putra Perdana, Cyberjaya dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa keluar berdua untuk menjala ikan di sebuah lombong berdekatan kawasan berkenaan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Mohd. Nurizawan Basri berkata, laporan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa ditemukan pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum itu, pihak Bomba menerima panggilan telefon pada pukul 4.49 petang berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki.

“Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dan tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi,” katanya.

Menurut Mohd. Nurizawan, kedua-dua mangsa berusia 31 dan 40 tahun itu ditemukan selepas tujuh jam operasi mencari dilakukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN