Kereta terbalik, lelaki Nigeria maut - Utusan Malaysia

Kereta terbalik, lelaki Nigeria maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 21 Mei – Seorang lelaki warga Nigeria maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Taman Semarak utama, Nilai di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Audu Oyaele David, 34, meninggal dunia apabila kereta Proton Saga FLX yang dipandunya terbalik selepas bertembung dengan kereta jenis Lexus dipandu seorang wanita warga tempatan.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Khairullizal Abu Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 8.31 pagi dan seramai lapan anggota bersama dua jentera dikerahkan memberi bantuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota bomba mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Khairullizal berkata, berdasarkan maklumat awam, kereta dipandu warga Nigeria tersebut hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Lexus.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan warga Nigeria berkenaan tersepit, manakala pemandu sebuah lagi kereta berusia 39 tahun cedera di bahagian kepala.

Difahamkan lelaki Nigeria itu memiliki kad pelajar antarabangsa yang telah luput sejak tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN