Lori bawa pasir terjunam dalam gaung  - Utusan Malaysia

Lori bawa pasir terjunam dalam gaung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebuah lori membawa muatan pasir terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter  di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lori itu dipercayai hilang kawalan sewaktu sedang bergerak di lokasi kejadian. 

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki berumur 41 tahun itu dalam perjalananan daripada Triang, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sampai di tempat kejadian, lori itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki gaung sedalam tujuh meter yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hock Poh berkata, akibat kemalangan, pemandu lori berkenaan tersepit di bahagian pemandu dan dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba.

Kata beliau, pemandu lori itu mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan dihantar ke Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk menerima rawatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Peraturan 10 LN 166/59,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini