Mohamed Azmin junjung kasih atas perkenan Sultan Selangor  - Utusan Malaysia

Mohamed Azmin junjung kasih atas perkenan Sultan Selangor 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjunjung kasih atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memainkan peranan lebih besar di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Mohamed Azmin berkata, perkenan Sultan Selangor adalah atas penjelasan dan pengesahan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang skop kerja dan bidang kuasa kementerian yang baharu.

“Dengan setulus hati, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih di atas titah nasihat dan pedoman yang diberikan oleh baginda sepanjang saya mengemudi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Titah nasihat dan pedoman baginda telah memperkukuh keyakinan saya serta mengupayakan saya untuk mengangkat Selangor ke tahap kejayaan yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mohamed Azmin turut melahirkan rasa terharu dengan permintaan rakyat yang dizahirkan secara terbuka menerusi media sosial agar dirinya terus kekal memimpin Selangor.

Bagaimanapun, katanya, beliau mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Sesungguhnya, Selangor amat dekat di hati sanubari saya dan percayalah, saya akan terus bersama rakyat negeri ini untuk meneruskan kejayaan, kesejahteraan dan kemakmuran,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN