Jualan Tepung Guarana RM30 juta - Utusan Malaysia

Jualan Tepung Guarana RM30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR–- Ritz Guarana Plantation Hol­dings Bhd. (Ritz Guarana) mengunjurkan jualan untuk produk terbaharunya, Tepung Guarana bakal mencecah kepada RM30 juta pada tahun pertama ia berada di pasaran.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Ibrahim Yahya berkata, nilai unjuran itu mampu dicapai berdasarkan permintaan yang baik daripada pasaran domestik dan juga dari luar negara.

Menurut beliau, buat masa ini, tepung berkhasiat itu hanya dijual di pasaran tempatan memandangkan kapasiti kilang pengeluarannya di Sungai Petani, Kedah, Taman Teknologi Tinggi Kulim hanya mencukupi untuk memenuhi permintaan sedia ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sedang membangunkan sebuah kilang berteknologi tinggi untuk pengeluaran tepung ini di Pulau Pinang dan ia bakal siap menjelang akhir tahun ini.

“Kilang yang bernilai RM300 juta itu bakal memenuhi keperluan pasaran eksport seperti ke Amerika Syarikat, Asia Barat dan di China,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Tepung Guarana di Shangri La Hotel baru-baru ini.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Ibrahim yang juga pengasas syarikat Ritz Guarana mene­rangkan, tepung tersebut yang dijual pada harga RM2.80 sekilo­gram (kg) itu akan memfokuskan kepada rangkaian pengeda­ran runcit dan pasar raya besar di seluruh negara.

“Produk tersebut telah menjalani kajian dan pembangunan selama enam bulan bagi menghasilkan tepung berkhasiat yang memiliki zat besi, kalsium dan DHA.

“Berkeyakinan terhadap per­mintaan yang semakin me­ningkat kini, kami mahu memperluaskan tanaman pokok guarana di Malaysia secara besar-besaran dan bercadang untuk mengeluarkan sehingga satu bilion kilogram tepung guarana pada masa depan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN