Shukri terajui SPRM - Utusan Malaysia

Shukri terajui SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Bekas Timbalan Ketua Pe­suruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasu­ah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull hari ini dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu ekoran peletakan jawatan penyandang terdahulu, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

MOHD. SHUKRI ABDULL
MOHD. SHUKRI ABDULL

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan pelantikan tersebut berkata, beliau mempunyai kredibiliti dan banyak maklumat selain menentang tindakan salah SPRM dalam kes berprofil tinggi termasuk syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Dzulkifli melapor diri untuk bertugas di Pejabat Peguam Negara. Sekarang kita mahu tahu apa yang berlaku.

“Selain itu, kita juga sedang mempertimbangkan peranan yang boleh dimainkan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim kerana beliau tahu me­ngenai kesalahan yang telah dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini hari ini.

Tambah Perdana Menteri, ke­putusan melantik Mohd. Shukri itu masih tertakluk kepada per­kenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Dua tahun lalu, negara dikejutkan dengan pengunduran Mohd. Shukri dan Abu Kassim secara serentak ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk 1MDB.

Tempat Abu Kassim digantikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli manakala tempat Mohd. Shukri diambil alih Datuk Seri Azam Baki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×