Mohd. Shafie wujudkan dua kementerian baharu - Utusan Malaysia

Mohd. Shafie wujudkan dua kementerian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seramai 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dua ADUN dilantik iaitu Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Stephen Wong mengangkat sumpah sebagai anggota jemaah menteri Sabah di sini hari ini.

Bagi ADUN Api-Api, Christina Liew; Ahli Parlimen Tuaran, Madius dan ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong masing-masing dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Pada masa sama, mereka turut memegang portfolio Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (Christina), Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Madius) dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (Jaujan).

Sementara itu, tiga lagi ADUN mengangkat sumpah bagi mengisi kementerian baharu yang diwujudkan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mereka ialah Stephen Wong (Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat), Datuk Dr. Yusuf Yacob (Menteri Pelajaran dan Inovasi dan Datuk Aidi Moktar (Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri).

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Infrastruktur dijawat oleh Datuk Peter Anthony; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Junz Wong;Menteri Pembangunan Luar Bandar, Ewon Benedick manakala Poon Ming Fung pula dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Istiadat angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini pada pukul 4.07 petang hari ini.

Turut hadir ialah Mohd. Shafie merangkap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang juga memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Warisan dengan kerjasama Pakatan Harapan berjaya membentuk  kerajaan  selepas  memperoleh majoriti mudah 35 kerusi  Dewan   Undangan Negeri  (DUN)   termasuk  enam  ADUN Barisan Nasional (BN) Sabah yang mengumumkan  keluar  parti dan menyertai Warisan.

Berikut adalah senarai penuh barisan Menteri Kabinet Sabah:

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal

Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Christina Liew

Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian
Datuk Seri Wildfred Madius Tangau

Tinbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan 
Datuk Jaujan Sambakong

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
Stephen Wong

Menteri Pelajaran dan Inovasi
Datuk Dr. Yusuf Yacob

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri
Datuk Aidi Moktar

Menteri Pembangunan Infrastruktur
Datuk Peter Anthony

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Junz Wong

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Ewon Benedick

Menteri Belia dan Sukan
Poon Ming Fung

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×