Azrulkhan tawan Kem Induk Everest! - Utusan Malaysia

Azrulkhan tawan Kem Induk Everest!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Walaupun hanya mengengsot, pendaki istimewa negara, Azrulkhan Hasrullah atau lebih dikenali sebagai Adam, 26, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menawan Kem Induk Everest (EBC) yang berketinggian 5,350 meter dalam masa 16 hari dari Lukla, Nepal.

Presiden Kelab Eksplorasi 7 Be­nua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin ber­kata, Adam berjaya menawan EBC selepas mengharungi pelbagai cabaran seperti suhu sehingga -8 darjah selsius, laluan becak dipenuhi tahi yak dan pendakian yang panjang.

“Kejayaan yang ditunjukkan Adam memberi isyarat tiada alasan untuk kita yang diberikan kesempurnaan fizikal melakukan kejayaan dan jangan sesekali mudah berputus asa.

“Sekalung tahniah buat Adam yang telah berusaha gigih sebelum ini. Kesungguhan yang ditunjukkan beliau selama ini berbaloi dengan kejayaan tersebut,” katanya yang juga penaja kepada ekspedisi KE7B Adam Everest Base Camp atau #ke7badamebc.

Menurut Muhamad Muqha­rabbin, Adam dijangka tiba di Lukla pada hari ini atau esok de­ngan menggunakan perkhidmatan helikopter dari EBC dan akan te­rus ke Kathmandu.

Katanya, sekiranya cuaca baik, Adam dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada Jumaat ini pukul 9 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×