Jurutera mekanikal ditahan miliki peluru - Utusan Malaysia

Jurutera mekanikal ditahan miliki peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 15 Mei – Seorang jurutera mekanikal ditahan selepas selepas dipercayai membawa sebutir peluru hidup di pintu masuk balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5.55 petang itu, lelaki berusia 23 tahun warga tempatan terbabit ditahan selepas pihak berkuasa menemukan peluru berukuran 7.62 milimeter yang dikesan ketika pemeriksaan beg di pintu masuk itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut daripada polis bantuan KKIA yang bertugas di bahagian pemeriksaan bagasi.

“Kami dimaklumkan polis bantuan tersebut bahawa mereka menahan seorang penumpang kerana didapati memiliki sebutir peluru hidup dalam beg pakaiannya.

“Polis bantuan berkenaan ketika membuat imbasan terhadap satu beg milik suspek yang mahu berlepas ke Johor mendapati berjaya mengesan suatu objek dalam beg menyerupai peluru hidup,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×