‘Saya cium tangan Dr. Mahathir, Anwar kalau nak jadi menteri’ – Rafizi - Utusan Malaysia

‘Saya cium tangan Dr. Mahathir, Anwar kalau nak jadi menteri’ – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa beliau boleh berjumpa sendiri dengan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika mahu menjadi seorang menteri.

RAFIZI RAMLI
RAFIZI RAMLI

Namun, katanya, beliau tidak berbuat demikian sebaliknya hanya bertindak menegur pimpinan kerana mendapati pelantikan barisan menteri Kabinet tidak diwakili PKR dalam mesyuarat dan pada waktu pengumuman pelantikan tiga portfolio kanan dalam kerajaan.

“Kalau saya mahu jadi menteri, caranya saya cium tangan pimpinan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan menegur.

“Kalau saya mahu jadi menteri, saya tidak ambil risiko sehingga dipenjara empat tahun. Kritikan terhadap saya itu boleh saya terima, tetapi jangan menghina,” katanya dalam laman Twitter di sini hari ini.

Kelmarin, Rafizi dikecam pelbagai pihak termasuk pimpinan PKR kerana membuat kenyataan menerusi rafiziramli.com berhubung pelantikan tiga menteri kanan Kabinet yang didakwa belum muktamad.

Rafizi turut mendakwa, keputusan itu belum muktamad berikutan ketiadaan wakil PKR dalam mesyuarat dan semasa pengumuman pelantikan tiga portfolio kanan berkenaan dalam kerajaan.

Tambah Rafizi, beliau tidak akan mengambil risiko sehingga dipenjara empat tahun semata-mata untuk menjadi seorang menteri.

Malah, katanya, beliau juga boleh menerima kritikan pelbagai pihak, tetapi bukan dalam bentuk penghinaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×