5 muka baharu anggotai Exco P. Pinang - Kon Yeow - Utusan Malaysia

5 muka baharu anggotai Exco P. Pinang – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 14 Mei – Sekurang-kurangnya lima muka baharu bakal dilantik menganggotai barisan Exco kerajaan negeri yang akan diumumkan Rabu ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, mereka akan menggantikan lima muka lama termasuk beliau dan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang kini dilantik sebagai Menteri Kewangan.

“Selain pelantikan Exco baharu, kerajaan negeri juga sedang mengenal pasti mekanisma terbaik bagi memastikan pengagihan Exco seimbang melibatkan kawasan pulau dan seberang (Perai),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow memberitahu, kerajaan pimpinannya akan memberi keutamaan kepada tiga perkara dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran mereka.

Katanya, antara keutamaan itu termasuk memulakan proses rundingan dengan Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan kelulusan terhadap pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan negeri, projek tebatan banjir serta projek perumahan mampu milik rakyat.

“Kita akan memastikan kesemua jabatan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan negeri memulakan pelaksanaan semua projek yang telah diluluskan sebelum ini.

“Pada masa sama, kita juga akan mengkaji serta menambah baik sistem penyampaian program-program anjuran kerajaan negeri bagi memastikan rakyat dapat menikmati hasil pembangunan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×