Isu dibangkitkan Rafizi tidak dibincangkan - Utusan Malaysia

Isu dibangkitkan Rafizi tidak dibincangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Mei – Parti PKR yang menjadi tunjang utama Pakatan Harapan (PH) tidak mahu melanjutkan lagi isu yang ditimbulkan oleh Naib Presidennya, Rafizi Ramli berhubung pelantikan menteri bagi tiga portfolio kanan dalam kerajaan.


SAIFUDDIN ABDULLAH
SAIFUDDIN ABDULLAH

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara tersebut juga tidak dibincangkan secara lebih lanjut oleh pimpinan parti tersebut.

“Selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi, itu yang pertama dan terakhir,” katanya yang ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Rafizi yang menyifatkan pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan; Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan) belum muktamad dan masih dalam perbincangan.

Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya sama ada PKR bersetuju dengan kenyataan itu, Saifuddin enggan mengulas lanjut.

“Bukan isu setuju atau tidak tetapi kita mahu move on (melupakan isu itu),” katanya.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×