Mohd. Shafie singgah kediaman rasmi di Sri Gaya - Utusan Malaysia

Mohd. Shafie singgah kediaman rasmi di Sri Gaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama rombongannya singgah meninjau di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini hari ini.

Kehadiran beliau pada pukul 1.40 petang tadi turut disertai Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) merangkap ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking dan Naib Presiden Warisan, Junz Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Aru.

Turut kelihatan ialah Ketua Wira Warisan merangkap penyandang Parlimen Sepanggar, Datuk  Azis Jamman dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Sabah, Christina Liew.

Terdahulu, Mohd. Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini pada 12 Mei lalu.

Istiadat angkat sumpah itu dilakukan selepas Warisan dan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas memperoleh majoriti mudah 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah yang mengumumkan keluar parti dan menyertai Warisan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×