KPN jelaskan sebab kawalan ketat sekitar kediaman Najib - Utusan Malaysia

KPN jelaskan sebab kawalan ketat sekitar kediaman Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Kawalan ketat polis di laluan masuk ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di ibu negara sejak semalam adalah sebagai langkah keselamatan di kawasan itu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiada sebarang perkara yang menjadi keraguan sebaliknya kawalan tersebut bagi memastikan keselamatan Perdana Menteri Keenam itu serta penduduk berhampiran.

“Pihak polis hanya membuat pemantauan keselamatan terhadap beliau (Najib) serta ingin memastikan tiada pihak tertentu yang cuba melakukan apa-apa perkara yang tidak diingini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di sini, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berangkat Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Aminuddin Harun dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Kosmo! hari ini melaporkan, beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ditempatkan di sekitar kediaman bekas Perdana Menteri itu demi keselamatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×