Bapa maut semasa pulang hantar anak ke sekolah - Utusan Malaysia

Bapa maut semasa pulang hantar anak ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Seorang lelaki warga emas terbunuh selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah van dalam kejadian nahas di Kampung Pisang di sini pagi tadi.

Mangsa, Saari Ahmed, 60, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 seorang diri meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi.

Dalam kejadian itu, Saari dikatakan menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di kampung berkenaan selepas menghantar anak perempuannya, Nurul Azwani, 19, ke Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura di sini.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, arwah dikatakan sedang membelok  menuju simpang ke rumahnya sebelum dilanggar van terbabit.

“Arwah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×