JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas pelbagai jenama rokok seludup bernilai lebih RM3.6 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah kebun kelapa sawit di Mersing pada 30 April lalu.
Kesemua rokok putih yang ditemui berjumlah 649 kotak atau kira-kira 6.4 juta batang rokok dan disimpan di dalam sebuah kontena sepanjang 6 meter di ladang terbabit.
Pengarah JKDM negeri, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata, nilai rokok yang disita berjumlah RM769,200 manakala cukai JKDM sebanyak RM2,927,062.40.
“Antara jenama rokok yang dirampas ialah Email, Luckman, Luffman, Canyon dan John.
“Turut dirampas sebuah kereta jenis Honda Jazz yang disyaki digunakan untuk mengangkut rokok berkenaan bagi tujuan pengedaran,” katanya pada sidang akhbar di Manara JKDM negeri di sini hari ini. – K! ONLINE










