Neymar dinjobatkan Pemain Terbaik Liga Perancis - Utusan Malaysia

Neymar dinjobatkan Pemain Terbaik Liga Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 14 Mei – Bintang Paris Saint-Germain (PSG) Neymar dinobatkan selaku Pemain Terbaik Liga Perancis hari ini, mengatasi dua lagi rakan sepasukannya, Edinson Cavani dan Kylian Mbappe.

PENYERANG PSG, Neymar bergambar bersama trofi yang dimenanginya disamping bekas pemain antarabangsa Brazil Ronaldo selepas dinobatkan selaku Pemain Terbaik Liga 1.- AFP

Pemain sayap Marseille Florian Thauvin yang juga tercalon dalam perebutan gelaran itu menduduki tempat keempat dalam majlis anugerah Ligue 1 tersebut di Paris, semalam.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya. Saya sangat berbangga dan gembira dengan pencapaian PSG musim ini.

“Saya sudah pasti sukar untuk memenanginya jika tanpa bantuan daripada mereka,” katanya kepada media televisyen beIN Sports.

Neymar menjaringkan 19 gol dalam liga dan mencipta bantuan jaringan sebanyak 13 kali dalam 20 perlawanan ketika bersama juara Perancis itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×