SEREMBAN – Kerajaan negeri mengarahkan semua peralatan yang dibawa keluar dari balai raya, pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) dan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh pihak tertentu agar dipulangkan dengan serta-merta.
Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, beliau menerima aduan terdapat barangan seperti kerusi, meja dan alat pendingin hawa di bangunan berkenaan dibawa keluar selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.
“Kejadian ini dilaporkan berlaku di Labu, Ampangan, Seremban Jaya, Port Dickson dan Rembau. Tindakan itu tidak berperikemanusiaan kerana banyak premis tersebut menempatkan tadika,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Negeri di sini semalam.
Aminuddin berkata, kerajaan negeri memberi tempoh selama 24 jam mulai semalam supaya semua barang terbabit dipulangkan dalam keadaan baik dan dipasang semula.
Kata beliau, laporan polis akan dibuat berhubung perkara itu jika pihak yang melakukan perbuatan tersebut gagal mematuhi permintaan berkenaan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.









