Guardiola buru kelibat Zaha - Utusan Malaysia

Guardiola buru kelibat Zaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Manchester City dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Crystal Palace, Wilfred Zaha dengan nilai £50 juta (RM267.57 juta).

Zaha dilihat sebagai antara tonggak penting membawa Palace keluar daripada krisis prestasi pada awal musim. Mereka juga menyelamatkan diri daripada ter­singkir ke saingan Liga Kejua­raan musim depan selepas berjaya men­jaringkan lapan gol serta mencipta tiga umpanan gol dalam 28 penampilannya.

Tottenham Hotspur, Liverpool dan Chelsea juga sudah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Ivory Coast itu tetapi City berharap mereka mampu me­nyambar khidmat Zaha.

Kelincahan dan kepantasan Zaha dilihat menjadi faktor utama mengapa Pep Guardiola begitu berminat untuk membawanya ke Etihad bagi memastikan mereka mampu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England musim depan.

Guardiola sebelum ini dilaporkan cuba memancing khidmat perancang Leicester City, Riyad Mahrez tetapi pres­tasi cemerlang yang dipamerkan Zaha menyebabkan pengendali dari Sepanyol itu berubah arah.

City menawarkan sebanyak £60 juta (RM321.08 juta) untuk mendapatkan Mahrez, namun ditolak mentah-mentah oleh Leicester pada Januari lalu dan perkembangan ini me­nyaksikan pemain Algeria itu terpaksa mencari pasukan lain sekiranya mahu meninggalkan Stadium King Power musim depan.

Zaha gagal mempamerkan aksi terbaik pada awal musim menyebabkan dia digugurkan sebanyak tujuh perlawanan. Nasibnya ber­ubah selepas Roy Hodgson mengambil alih pasukan tersebut dan menjadi tonggak penting mem­bawa Pala­ce keluar dari zon penying­kiran. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×