Kesihatan jantung dalam 30 hari - Utusan Malaysia

Kesihatan jantung dalam 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tahukah anda masalah jantung kini semakin meningkat dan tidak mengenal umur, jantina dan bangsa. Menyedari peningkatan penyakit jantung, Nestle Omega Plus® memberi galakan kepada rakyat Malaysia untuk merendahkan paras kolesterol menerusi pelancaran Cabaran 30 Hari yang bakal berlangsung dari April hingga September depan.

Melalui gandingan dengan Institut Jantung Negara (IJN) serta Allianz, kempen ini beriltizam memberi inspirasi dan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk membuat perubahan gaya hidup yang mustahak bagi kesihatan jantung mereka.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé® (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen, misi kami adalah untuk mendidik serta memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

“Matlamat kami mudah sahaja, iaitu memberi insentif kepada rakyat Malaysia supaya lebih ramai dalam kalangan mereka sedar akan paras kolesterol mereka, di samping mengamalkan gaya hidup yang aktif serta diet yang sihat. Berbekalkan kejayaan Cabaran 30 Hari kami sebelum ini, kami telah membuat keputusan untuk meneruskannya tahun ini melalui sokongan rakan-rakan kami seperti IJN dan Allianz yang merupakan pendukung kesihatan jantung,” katanya.

Acara ini turut dihadiri DJ Selebriti, Sham, duta Cabaran 30 Hari yang terselamat daripada serangan jantung pada usia semuda 34 tahun. Mujurlah, beliau diberi peluang kedua dalam kehidupan, dan kini aktif berkongsi kisahnya bagi mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan jantung.

Pada acara tersebut, Sham berkongsi cara beliau meningkatkan kesihatan jantungnya melalui beberapa perubahan ke atas gaya hidupnya, misalnya senaman tetap, pemeriksaan kolesterol berkala, diet seimbang yang terbukti mampu mengurangkan kolesterol secara berkesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×