Osman angkat sumpah Menteri Besar Johor - Utusan Malaysia

Osman angkat sumpah Menteri Besar Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri Johor, Datuk Osman Sapian dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene di sini semalam.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar ke-16 itu berlangsung penuh istiadat di Balai Menghadap Istana di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut berangkat pada maj­lis berkenaan ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar serta kerabat diraja yang lain.

Osman, 67, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas berkata, beliau komited untuk melaksanakan janji-janji yang telah diumumkan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 100 hari memerintah kerajaan negeri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×