Lima tokoh dilantik bantu kerajaan - Utusan Malaysia

Lima tokoh dilantik bantu kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kerajaan melantik lima tokoh terbilang diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menganggotai Majlis Penasihat Kerajaan yang akan menasihati kerajaan dalam isu-isu ekonomi dan kewangan.

Turut tersenarai ialah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pe­tronas, Tan Sri Hassan Merican; ahli perniagaan terkenal yang merupakan individu terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok serta ahli ekonomi ternama, Dr. Jomo Kwame Sundaram.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, penubuhan majlis tersebut dilakukan kerana ramai dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan.

“Kami sedar ramai dalam kalangan kami tiada atau hanya ada sedikit pengalaman mentadbir kerajaan. Sudah tentu perlu ada pakar yang berpengalaman untuk membantu pentadbiran negara.

“Selain menasihati kerajaan, majlis ini akan mengkaji semula isu-isu selain menyediakan laporan kepada Kabinet untuk dibentangkan ke Parlimen,” ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×