Anggota sukarelawan polis cedera langgar babi - Utusan Malaysia

Anggota sukarelawan polis cedera langgar babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 12 Mei – Seorang anggota Sukarelawan Polis cedera selepas motosikal jenis Suzuki Smash ditunggangnya terlanggar seekor babi di Jalan Jeram Tekoh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, mangsa Mohd. Saifuddin Abdullah, 31, patah tulang bahu sebelah kanan dalam kemalangan pukul 10.10 malam.

Katanya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini selepas selesai bertugas di Balai Polis Bertam.
  
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa melanggar seekor babi yang tiba-tiba melintas jalan.

“Mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar khinzir tersebut dan terbabas ke arah kanan jalan. Mangsa mengalami patah tulang bahu dan berlaku kerosakan pada bahagian hadapan motosikalnya,” katanya.

Tambah Mohd. Taufik, mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil. –UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×