Abdul Azim mahu cabar Hamidin untuk jawatan Presiden FAM - Utusan Malaysia

Abdul Azim mahu cabar Hamidin untuk jawatan Presiden FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi bersedia mencabar Datuk Hamidin Mohd. Amin bagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya mendapat sokongan daripada anggota gabungan badan induk itu.

Abdul Azim berkata, sudah tiba masanya perubahan pucuk pimpinan dan pengurusan FAM dilakukan demi masa depan sukan paling popular itu di negara ini walaupun Hamidin yang merupakan Setiausaha Agung FAM dilihat sebagai individu lebih berpengalaman dalam pentadbiran persatuan berkenaan.

“Ramai akan bandingkan pengalaman saya dengan Hamidin tetapi kalau dalam sebuah syarikat, jika prestasi syarikat itu merudum, bukan pengerusi sahaja letak jawatan, pengurusan juga harus letak jawatan.

“Jadi, kalau nak kata pengurusan FAM itu begitu baik, kenapa prestasi pasukan bola sepak kita masih tidak baik? Kenapa selama ini hanya presiden yang meletak jawatan, pengurusan pun sepatutnya kena letak jawatan.
“Masa untuk ubah…saya sudah melakukan perubahan untuk banyak syarikat, kini sedang melakukan untuk ISN dan harap meneruskannya di FAM,” katanya pada sidang akhbar di ISN di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×