Jawatan MB Johor:Muhyiddin beri peluang kepada pemimpin muda - Utusan Malaysia

Jawatan MB Johor:Muhyiddin beri peluang kepada pemimpin muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 11 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ruang kepada pemimpin muda untuk menjadi Menteri Besar sekali gus menerajui kerajaan negeri Johor yang baharu.

Beliau yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama tiga penggal membuat keputusan untuk tidak kembali memegang jawatan tersebut kerana beranggapan masanya ‘sudah berlalu’.

“Saya akan berikan tunjuk ajar dan menjadi mentor (kepada kerajaan negeri Johor yang baharu),” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Le Grandeur Senai di sini sebentar tadi.

Beliau mengulas tiga nama untuk Menteri Besar Johor yang dihantar kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak memasukkan namanya sebagai seorang daripada calonnya.

Muhyiddin pagi ini bertemu Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi di sini untuk memohon perkenan baginda menubuhkan kerajaan baharu Johor serta menyerahkan tiga nama untuk jawatan Menteri Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×