Aminuddin Harun calon MB Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Aminuddin Harun calon MB Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH 10 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun bakal dilantik sebagai Menteri Besar Ne­geri Sembilan yang baharu susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN

Aminuddin, 51, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan negeri berkata, surat watikah daripada Presiden pakatan berhubung pencalonan beliau telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini.

Ujarnya, cuma nama beliau dihantar oleh Pakatan Harapan untuk pertimbangan bagi jawatan tersebut.

“Perjumpaan dengan­ Tuanku berjalan de­ngan baik dan baginda memaklumkan akan mem­­buat pelantikan (Menteri Besar) dalam tempoh terdekat. Ta­rikhnya terpulang kepada baginda,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Tuanku Muhriz di Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Pakatan Harapan mem­­­­­bentuk ke­­rajaan ne­­geri selepas memperoleh 20 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan manakala baki 16 kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN).

Aminuddin membe­ritahu, beliau dan seramai 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan telah menghadap Tuanku Muhriz seorang demi seorang pada pukul 3 petang ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×