REMBAU 10 Mei – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris kekal sebagai wakil rakyat kawasan itu dengan memperoleh 9,079 undi.
Beliau yang merupakan calon BN menang dengan majoriti 4,427 undi mengatasi calon gabungan pembangkang PKR, Azizan Marzuki yang mendapat 4,652 undi dan calon Pas, Rosmin Adam (1,288 undi).
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, penyandangnya yang juga calon BN, Datuk Seri Awaludin Said menang dengan majoriti 2,969 undi.
Beliau yang mendapat 6,356 undi menewaskan calon gabungan pembangkang PKR, Sahrizal Masrudin (3,387 undi) dan Ishak Omar (1,333 undi).
Bagi DUN Paroi pula, kerusi tersebut dimenangi oleh calon gabungan pembangkang PKR, Mohamad Taufek Abdul Ghani dengan majoriti undi sebanyak 4,841 undi.
Beliau mendapat 16,038 undi menewaskan calon BN, Mohd. Ghazali Abd. Wahid yang hanya memperoleh 11,197 undi dan calon Pas, Masita Mohamed Ali (3,499 undi).
Kesemua keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus P.131 Rembau, Amino Agos Suyub pada pukul 1.10 pagi ini. – UTUSAN ONLINE










