Enam kes guna kad pengenalan orang lain untuk mengundi - Utusan Malaysia

Enam kes guna kad pengenalan orang lain untuk mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Polis Sabah menerima sebanyak enam laporan polis berhubung kes penyalahgunaan kad pengenalan orang lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berlangsung hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, kes berunsurkan penipuan berkenaan adalah membabitkan daerah Tawau dengan dua kes, Papar (dua kes) manakala Semporna dan Kudat masing-masing satu kes.

“Kes penipuan ini terbongkar selepas beberapa mangsa yang datang untuk mengundi tetapi dimaklumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertugas bahawa kad pengenalan atas nama mereka telah pun melaksanakan proses buang undi,” katanya ketika ditemui selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid.

Tambah Ramli, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan termasuk merakam percakapan daripada pengadu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(L) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×