Pemuda OKU ditemani bapa untuk mengundi  - Utusan Malaysia

Pemuda OKU ditemani bapa untuk mengundi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan antara 75, 384 pengundi di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti, Kota Jembal di sini hari ini.

Menyedari diri serba kekurangan dan perlu memakai lampin pakai buang untuk ke pusat pengundian, itu bukan alasan Nik Abdul Mu’iz Nik Man, 28, untuk tidak pergi mengundi.

Pemuda itu hadir untuk mengundi bagi kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor dengan ditemani bapa, Nik Man Nik Ahmad, 56.

Menurut Nik Abdul, dia telah mengundi buat kali kedua pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini bagi memastikan dirinya menjalankan kewajipan mengundi sebagai rakyat Malaysia walaupun terpaksa berkerusi roda.

Katanya, selain itu dia juga disahkan menghidap jangkitan kuman dalam darah dan kerap berulang-alik ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan susulan malah pernah dikuarantin selama tiga bulan di hospital.

“Jadi, hari ini saya siap awal-awal untuk keluar mengundi dan melaksanakan tanggungjawab memilih dan mengundi wakil pemimpin yang berkaliber untuk kawasan ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pengundi yang lain kerana memberi laluan kepada saya kerana selepas disahkan terkena jangkitan kuman dalam darah, pergerakan seakan budak-budak selain tidak boleh berdiri lama,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di SMK Raja Sakti, Kota Jembal di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×