Jay Nazif timba ilmu bersama Mak Cun - Utusan Malaysia

Jay Nazif timba ilmu bersama Mak Cun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Pelakon kanak-kanak, Jay Nazif berkongsi rasa bangga apabila diberi peluang untuk menonjolkan bakat lakonannya menerusi drama popular, Mak Cun 4.

Jay, 10, berkata, watak kanak-kanak berasal dari Utara tanah air ternyata membawa tuah kepadanya apabila penerbit dan pelakon Mak Cun, Erma Fatima memilihnya untuk watak tersebut.

“Sebelum drama Mak Cun, saya pernah berlakon siri Seram Selebriti bersama Fikri Ibrahim. Selepas itu, saya mendapat rezeki untuk memegang watak Atan iaitu cucu kepada Mak Cun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peluang berlakon bersama Kak Erma dan pasukan produksinya merupakan satu pencapaian terbesar saya kerana bukan mudah untuk mendapat peluang tersebut.

“Jadi, saya gunakan kesempatan itu dengan sebaik mungkin. Banyak ilmu tentang lakonan yang saya peroleh sepanjang menjayakan penggambaran drama tersebut terutamanya melalui Kak Erma,” ujarnya.

Sementara itu, menurut bekas peserta rancangan nyanyian Ceria Popstar musim ke-3 ini, rezeki lakonannya tidak hanya pada Mak Cun sahaja. Sebaliknya, dia ada menerima beberapa tawaran lain yang kini masih dalam perbincangan.

“Selepas habis dengan Mak Cun, saya ditawarkan beberapa tawaran berlakon lagi. Tetapi buat masa ini saya tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut kerana ia belum ada kata putus lagi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×