KUALA LUMPUR 23 Ogos – Calon MCA Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Tan Chee Tiong mahu menjadikan isu penghapusan tol sebagai agenda utama sekiranya kerajaan negeri gagal menurunkan harganya atau memansuhkan.
Beliau memberi kata dua terhadap isu tol yang didakwa menghantui penduduk di sekitar Balakong setiap hari.
“Penduduk di sini terperangkap kerana terpaksa menggunakan sekurang-kurangnya enam tol berhampiran Balakong untuk berulang alik ke Kuala Lumpur, Kajang, Semenyih dan Sungai Chua.
“Dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) kata mansuh tapi sekarang beri alasan bahawa tidak boleh dilaksanakan janji itu, kalau tidak boleh mansuhkan tol sekurang-kurangnya tolong turunkan harga tol supaya tidak bebankan rakyat,” katanya selepas membuat tinjauan perparitan dan longgokan sampah di Taman Seri Cheras, dekat sini hari ini. – UTUSANONLINE











