Perhilitan Kelantan yakin renjer yang hilang masih hidup - Utusan Malaysia

Perhilitan Kelantan yakin renjer yang hilang masih hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan yakin seorang anggota renjernya yang dilaporkan sesat ketika mengumpul data program 1st National Tiger Survey di hutan Taman Negara, Jerantut 11 Ogos lepas, masih hidup.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarahnya Mohd Hasdi Husin berkata, operasi mengesan renjer berkenaan, Tarmizi Ahmad Japli, 30, akan dipergiatkan dengan bantuan pelbagai pihak termasuk anggota Perhilitan Kelantan yang dihantar ke sana.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini membabitkan pegawai dan anggota bomba, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan anggota Perhilitan dari negeri ini dan Pahang.

“Sehingga semalam, walaupun pasukan SAR masih gagal mengesan Tarmizi di semua lorong, sungai, atas dan bawah pohon, juga dalam gua tempat beliau dikhuatiri hilang namun kami yakin beliau masih hidup,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tarmizi dilaporkan masuk ke hutan Taman Negara pada 9 Jun lepas bersama-sama enam lagi renjer melalui Felda Kechau 11 Kuala Lipis, dilaporkan hilang semasa melalui jalan sungai untuk memasang kamera. 

Rakan mangsa menyedari kehilangannya selepas tidak melihat mangsa yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan tidak berada di belakangnya semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kem. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN