Lupakan Messi, penyerang China muncul terhangat di dunia ledak sembilan gol - Utusan Malaysia

Lupakan Messi, penyerang China muncul terhangat di dunia ledak sembilan gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI 23 Ogos – Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Mo Salah sila beri laluan – striker terhangat di pasaran dunia dari China dikenali `Diva-9-gol’ Wang Shanshan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wang mendapat gelaran itu daripada peminat bola sepak China selepas meledakkan sembilan gol dalam tempoh 29 minit beraksi.

Dia membantu pasukan China menang 16-0 ke atas Tajikistan pada perlawanan Sukan Asia di Jakarta Isnin lalu.

Setakat ini penyerang sensasi itu telah menjaringkan 11 gol termasuk membantu Chinga menumpas Hong Kong 7-0 dan kalahkan Korea Utara 2-0 untuk layak ke suku akhir, semalam.

Wang berusia 28 tahun menjadi perbualan hangat di China hingga ada yang mencadangkan supaya dia bermain untuk pasukan kebangsaan lelaki negara republik itu.

Sentuhannya semua menjadi termasuk menggunakan tumit yang menjadi identiti Messi dan Ronaldo.

Wang yang bermain untuk pasukan liga tempatan di China kini menjadi `ayam tambatan’ pasukannya untuk meraih pingat emas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN