Batal ECRL 'bunuh' ekonomi Kelantan - Utusan Malaysia

Batal ECRL ‘bunuh’ ekonomi Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 23 Ogos – Pembatalan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat boleh ‘membunuh’ ekonomi di kawasan pantai timur terutama negeri Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…
SHIEKH AHMAD DASUKI SHEIKH MOHAMED
SHIEKH AHMAD DASUKI SHIEKH MOHAMED

Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Shiekh Ahmad Dasuki Shiekh Mohamed berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ekonomi rakyat Kelantan akan terus ketinggalan berbanding Pahang dan Terengganu.

Menurutnya, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu ini beliau amat dukacita dengan pembatalan projek tersebut.

“Satu kerugian yang cukup besar buat rakyat Kelantan apabila projek mega yang mempunyai hubungkait dengan masa depan negeri Kelantan telah dibatalkan.

“Saya lihat perlaksanaan ECRL ini mampu memberikan impak yang cukup besar dalam industri hiliran melibatkan golongan diperingkat akar umbi terutama kawasan luar bandar,” katanya ketika diminta mengulas tindakan kerajaan PH yang membatalkan projek ECRL.

Terdahulu, beliau mengagihkan sumbangan daging korban kepada golongan asnaf dan pesakit ‘down syndrome’ di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Hussin.

Shiekh Ahmad Dasuki memberitahu, pihaknya berharap kerajaan PH dapat menyediakan projek altenatif untuk memaju ekonomi Kelantan.

Katanya, rakyat Kelantan berhak untuk mendapat limpahan manfaat pembangunan kerana negeri ini adalah sebahagian daripada persekutuan Tanah Melayu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN