Kolaborasi fotografi Malaysia-Indonesia dalam 'FASA 2020-UNFORSEEN' - Utusan Malaysia

Kolaborasi fotografi Malaysia-Indonesia dalam ‘FASA 2020-UNFORSEEN’

‘WITHOUT A SHADOW OF A DOUBT’. Gambar oleh Meor Hasmadi Meor Hamzah, UiTM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pameran FASA 2020-UNFORSEEN dilancarkan secara tidak rasmi atau dibuka untuk tontonan awam mulai 11 Disember sehingga 30 Januari 2021 secara dalam talian. Ia dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) UiTM, Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad.

Pameran anjuran Jabatan Fotomedia Kreatif, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Selangor, Puncak Alam ini berlangsung secara maya mengunakan pautan artstep. Para penonton boleh ke laman web www.photographyuitm.com/fasa2020 untuk merasai suasana pameran ini.

Ia mempamerkan karya-karya para pensyarah dari Jabatan Fotomedia Kreatif Puncak Alam serta cawangan UiTM Melaka dan Perak. Turut menyertai pameran ini ialah 13 pensyarah dari Indonesia.

Idea tema Unforeseen yang bermakna tidak dijangka ini tercetus berikutan berlaku banyak perkara luar jangkaan pada 2020, akibat langkah menyekat penularan wabak Covid-19 seperti langkah kawalan pergerakan, penjarakan sosial dan pelbagai lagi.

Sesi bicara seni turut dikongsi oleh Dr. Irwandi, Institut Seni Indonesia, Yogyakarta dan Dr. Karna Mustaqim dari Universitas Esa Unggul, Jakarta.

 

‘HANDS RHYTHM’. Gambar oleh Muhammad Fauzi, Esa Unggul University, Indonesia.

 

 

‘UPSITEDOWN’. Gambar oleh M. Shariful Hafizal Aminuddin, UiTM.

 

‘ALL WILL COME TO AN END’. Gambar oleh Fadhil Kamarudin, UiTM.
  • Penulis ialah Pensyarah di Jabatan Fotomedia Kreatif, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×