Bomba nasihat orang ramai waspada - Utusan Malaysia

Bomba nasihat orang ramai waspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggesa orang ramai berwaspada dan tidak melakukan aktiviti luar, khususnya di kawasan berisiko sepanjang musim perubahan monsun yang bermula awal November hingga Mac tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, perubahan angin monsun barat daya kepada monsun timur laut tersebut menyebabkan berlakunya ribut petir dan angin kencang, selain peningkatan jumlah taburan hujan yang akan mengakibatkan pelbagai kejadian bencana termasuk pokok tumbang dan banjir kilat.

“Penduduk khususnya mereka yang tinggal di rumah-rumah di lereng bukit dan berhampiran kawasan yang dalam pembangunan perlu sentiasa mengikuti perkembangan laporan Meteo­rologi.

SLUG : JHR_BOMBA KOSONG JOHOR BAHRU 06 Julai 2018 - KETUA Pengarah
MOHAMAD HAMDAN WAHID

“Tidak terkecuali penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan tali air atau muara kerana kejadian banjir kilat mungkin berlaku selain pokok tumbang serta runtuhan cerun,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan 3,454 rekod panggilan kecemasan membabitkan pokok tumbang tahun ini, lima orang dilaporkan maut akibat dihempap, 33 orang cedera dan 42 selamat selain beberapa kes melibatkan kerosakan harta benda seperti kereta.

“Penduduk dinasihat tidak melakukan aktiviti rekreasi luar kerana risiko banjir, runtuhan cerun dan ribut petir yang boleh mengakibatkan pokok serta tumbuhan jatuh menghempap rumah atau kenderaan,’’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN