Mourinho nafi Sanchez tinggalkan Old Trafford - Utusan Malaysia

Mourinho nafi Sanchez tinggalkan Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pemain antarabangsa Chile, Alexis Sanchez melalui detik yang sukar selepas berhijrah ke Old Trafford tetapi pengurus Manchester United, Jose Mourinho menepis dakwaan pemainnya itu bakal me­ninggalkan kelab itu.

Menurut pengendali dari Portugal itu, beliau tidak percaya bahawa Sanchez akan mencari kelab baharu pada jendela perpindahan Januari ini sebaliknya yakin bekas pemain Arsenal itu akan kembali menemui rentak sebenar sedikit masa lagi.

Sanchez gagal menepati ramalan bahawa akan menyinar bersama United selepas melakukan perpindahan sensasi dari Emi­rates Januari lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu ha­nya beraksi dalam lima perlawanan Liga Perdana England musim ini dan meledak satu gol ketika masuk sebagai pemain gantian sewaktu menewaskan Newcastle pada Oktober lalu selain tidak pernah beraksi selama 90 minit sejak awal musim lalu.

Dia diturunkan dalam kese­belasan utama ketika United menewaskan Bournemouth dan Juventus tetapi kembali memanaskan bangku simpanan sewaktu The Red Devils tewas kepada musuh setempat, Manchester City.

Bagaimanapun, Mourinho pantas mengeluarkan kenyataan bahawa Sanchez akan terus kekal di United biarpun terdapat laporan bahawa pemain itu tidak gembira dengan corak permainan pengurusnya itu.

“Dia tidak pernah memberitahu saya untuk keluar daripada kelab ini. Dia juga tidak pernah menzahirkan perasaannya bahawa dia tidak gembira di sini.

“Kerjasama yang dipamerkan bersama rakan sepasukan juga sa­ngat memuaskan dan menunjukkan peningkatan. Sanchez adalah pemain yang memiliki personaliti.

“Dia sangat bersungguh-sungguh setiap kali diturunkan dan cuba memberikan yang terbaik kepada pasukan,” jelas Mourinho. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN