Anak tentera maut terjatuh tingkat tiga - Utusan Malaysia

Anak tentera maut terjatuh tingkat tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Seorang kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mengambil barang mainan dari tingkat tiga bangunan sebuah kem tentera di Setapak di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun (gambar) yang juga anak kepada anggota tentera maut ditempat kejadian akibat kece­deraan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Noor Azmi Yusoff berkata, mangsa cuba mengambil mainan di sengkuap tingkat dua lalu pergi ke tingkat tiga dengan memanjat dinding berketinggian 0.9 meter.

 

“Bagaimanapun, mangsa dipercayai gagal mengambil mainanan itu lalu terjatuh ke tingkat bawah.

“Bapa mangsa berusia 37 tahun telah menghantar ke klinik dalam kem tersebut sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan anak lelakinya meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nakhoda Batu Caves, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Noor Azmi Yusoff ketika dihubungi mengesahkan pihak­nya telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian selepas siasatan lanjut dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×