Lima didakwa miliki wang palsu RM1.4 juta - Utusan Malaysia

Lima didakwa miliki wang palsu RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASAH 15 Nov. – Tiga lelaki dan dua wani­ta masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 3,600 keping wang kertas dolar Amerika Syarikat(AS) dan ringgit palsu bernilai lebih RM1.4 juta, hujung tahun lalu.

Azuan Miswadi Abdullah, 38, Khairul Anuar Parull, 33, Zulfikar Abd. Rahman, 32, Izzaitie Aqma Johari, 24, dan Norsuhaila Abd. Mutalib, 21, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Jijan Tengah, Nilai dekat sini kira-kira pukul 12 tengah malam, pada 27 Disember 2017.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki 3,464 keping wang kertas AS$100 palsu bernilai RM1.4 ju­ta dan 136 keping wang palsu RM100 bernilai RM13,600 de-ngan niat menggunakannya sebagai tulen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pendakwa Raya, Nor­shazwani Ishak mengemuka­kan pertuduhan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit bersalah.

Khairul Anuar, Norsuhaila dan Zulfikar dibenarkan diikat jamin RM12,000 setiap seorang dengan dua penjamin. Bagaimanapun mereka gagal menjelaskan wang jaminan.

Azuan Miswadi dan Izzaitie Aqma pula tidak dibenarkan diikat jamin kerana masing-ma-sing masih menjalani hukuman penjara di Penjara Seremban dan Penjara Kajang di Selangor berkaitan kes dadah.

Kesemua tertuduh tidak di­wa­kili peguam dan Hakim G. Ramesh menetapkan pada 14 Disember ini untuk sebutan kes.

Utusan Malaysia pada 29 Di­sem­ber tahun lalu melaporkan, polis menemukan wang kertas palsu selepas menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat pengedaran dadah di Kampung Jijan Tengah.

Selain wang palsu, turut di­rampas dadah jenis syabu seberat 10.91 gram bernilai RM1,300.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×