Planet Super Bumi dikesan mengorbit Bintang Barnard - Utusan Malaysia

Planet Super Bumi dikesan mengorbit Bintang Barnard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 15 Nov. – Sebuah planet yang sejuk dan kelam, dikenali sebagai Super Bumi, berkemungkinan mengorbit satu-satunya bintang paling dekat dengan sistem solar Bumi, menurut ahli astronomi semalam.

Planet berkenaan yang dianggarkan bersaiz 3.2 kali lebih besar berbanding Bumi, dilihat mengelilingi Bintang Barnard.

Bintang Barnard merupakan bintang dingin dan berjisim rendah, terletak kira-kira enam tahun cahaya dari sistem solar Bumi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Super Bumi dipercayai me­ngelilingi Bintang Barnard setiap 233 hari.

“Selepas menjalankan analisis secara menyeluruh, kami 99 peratus yakin bahawa pla­net itu terdapat di situ.

“Bagaimanapun, kami akan terus memantau bintang tersebut bagi membuang sebarang kemungkinan sekiranya ia me­nyamar menjadi planet,” kata penyelidik di Institut Kajian Angkasa Catalonia dan Institut Sains Angkasa, Ignasi Ribas dalam satu kenyataan.

Planet yang baru dikesan itu mungkin tidak sesuai diduduki berikutan suhu permukaannya yang mencecah-170 darjah Celcius.

Selain itu, Bintang Barnard juga hanya mampu membe­kalkan tenaga sebanyak dua pe­ratus berbanding tenaga yang dibekalkan oleh Matahari kepada Bumi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×