G3PM sokong projek penyembelihan ayam halal - Utusan Malaysia

G3PM sokong projek penyembelihan ayam halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia (G3PM) menyokong projek pembinaan pusat penyembelihan ayam halal di Pasar Harian Selayang demi manfaat peniaga dan pengguna untuk tempoh masa jangka panjang.

Presiden G3PM, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, projek tersebut bakal memberi impak positif kepada warga Lembah Klang dengan kapasiti pembekalan 80,000 hingga 120,000 ekor ayam bersih dan halal kepada pengguna setiap hari.

Jelasnya, menjadi satu kerugian kepada warga kota sekiranya projek ini gagal dilaksanakan kerana ia menepati kehendak dan permintaan semasa peniaga pasar harian dan pengunjung di kawasan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pusat berkenaan turut menyediakan stok jualan sumber makanan yang diproses mengikut piawaian ketat, bersih dan halal buat pengguna.

“Setiap pemprosesan dan penyembelihan ayam akan dipantau rapi serta dikawal selia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Sahih Group Sdn. Bhd., Ahmad Jefri Mohd Meidin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×