Pemansuhan hukuman mati tetap diteruskan - Utusan Malaysia

Pemansuhan hukuman mati tetap diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan tetap dengan pendirian memansuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap 32 kesalahan di bawah lapan akta termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kesemua jemaah menteri Kabinet perlu menghormati tanggungjawab kolektif yang telah dipersetujui 10 Oktober lalu meskipun mempunyai pandangan berbeza terhadap isu tersebut.

Katanya, hukuman gantung tersebut akan digantikan kepada penjara seumur hidup atau 30 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada parol akan diberikan kepada pesalah-pesalah yang dihukum itu (32 kesalahan di bawah lapan akta tersebut).

“Sekiranya Lembaga Pengampunan bersidang hari ini bermakna perlaksanaan penjara 30 tahun atau seumur hidup akan bermula hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas seminar pemansuhan hukuman gantung mandatori di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menegaskan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan penelitian segenap aspek kerana merupakan isu yang kompleks.

Vui Keong memberitahu, 1,281 pesalah yang kini berada di penjara dan sedang menunggu hukuman gantung boleh memohon kepada Lembaga Pengampunan sama ada dihukum penjara 30 tahun atau seumur hidup.

Ujarnya, setakat ini terdapat 65,232 banduan di seluruh negara dengan kos makanan sehari bagi seorang banduan adalah berjumlah RM40.

“Kos keseluruhan sehari adalah RM2.6 juta manakala untuk setahun berjumlah RM500 juta.

“Bagaimanapun, kalau kita dapat mengeluarkan 36,000 banduan yang terlibat penagihan dadah daripada penjara dan dipindahkan ke program dan pusat rehabilitasi akan mengurangkan kos tersebut,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×