Tidak adil semak semula filem Polis Evo 2 - Utusan Malaysia

Tidak adil semak semula filem Polis Evo 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. — Semakan semula kandungan filem Polis Evo 2 selepas filem kontroversi itu melalui prosedur kelulusan dua agensi kerajaan termasuk Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) disifatkan sebagai tidak adil.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Norman Halim berkata, langkah itu dikhuatiri boleh mewujudkan ketidaktentuan hingga menjejaskan pelaburan jangka panjang industri filem tempatan dan nasib pekerja sektor terbabit.

Sehubungan itu beliau memohon kerajaan agar membuat ketetapan yang jelas bahawa filem Polis Evo 2 sudah mematuhi semua peraturan dan tidak dipertikaikan lagi untuk tayangan minggu hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk mewujudkan industri kandungan kreatif yang lebih kondusif dan mampan diterajui sektor swasta, persepsi negatif serta sekatan terhadap industri hiburan tempatan harus dikikis dan tidak lagi dipolitikkan oleh pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini timbul kontroversi yang mendesak penonton supaya memboikot filem Polis Evo 2 kerana didakwa menampilkan imej umat Islam sebagai pengganas dan menjadi tular di media sosial.

Filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew yang menampilkan gandingan Shaheizy Sam dan Zizan Razak itu bagaimanapun telah mendapat kelulusan tayangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×